Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, July 1, 2010

Anwar jalin hubungan sulit dengan Tokoh Yahudi

KUALA LUMPUR 1 Julai - Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi di sana baru-baru ini jelas membuktikan bahawa hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan kumpulan tersebut memang intim, kata Timbalan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau seterusnya meminta rakyat menilai dan membuat pertimbangan sendiri mengenai perjuangan sebenar Ketua Pembangkang itu.

"Jelas terbukti, jadi kita harus buat pertimbangan apakah sebenar politik Anwar ini, untuk apa dia berjuang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di sini hari ini.

Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas satu laporan akhbar Washington Post Isnin lepas yang mengatakan Anwar berada di Washington selama beberapa hari minggu lepas untuk memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti "pencerobohan zionis".

Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana sehelai bendera Israel dibakar.

Beliau juga membuat sindiran pedas mengenai firma perhubungan awam yang berpejabat di Washington menurutnya "dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Anwar tanpa segan silu ke negara itu untuk memohon maaf di atas kesilapan beliau kerana khuatir ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakan-rakannya itu.

"Sebab itu bila dia rasa dia sudah lakukan kesilapan, dia buat kenyataan itu

dia cukup bimbang kalau-kalau sahabat dia yang ada di sana akan bukan sahaja tidak puas hati mungkin akan marah," katanya.

"Kita tahu di sini bahawa jelas hubungan yang rapat antara Anwar dengan kumpulan-kumpulan yang dikatakan pro-zionis atau pro-Yahudi itu, terserah pada rakyat untuk buat pertimbangan apakah sebenar Anwar Ibrahim itu," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails