Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta beberapa pegawai lain pada 14 Jun lalu akhirnya meletakkan jawatan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa). Kegagalan demi kegagalan yang dialami oleh pasukan perak sejak akhir-akhir ini mendorong sebelas daripada 14 ahli majlis Pafa melantik Naib Presiden Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hasyim selaku pemangku jawatan Presiden Pafa untuk memulihkan keadaan dan mengembalikan kegemilangan pasukan bola sepak perak.
Pasukan bola sepak perak kini perlu bekerja keras untuk terus kekal dalam Liga Super pada musim depan dan kini terumbang ambing untuk melayakkan diri ke Piala Malaysia. kekusutan yang berlaku akibat daripada ketidakcekapan pihak pengurusan tertinggi yang hanya menumpukan perhatian kepada politik menyebabkan pasukan bola sepak perak menjadi mangsa.
Seluruh rakyat perak amat berharap dengan perlantikan presiden yang baru akan membawa sinar kejayaan kepada bola sepak perak yang dulu merupakan antara pasukan yang amat digeruni dalam kancah bola sepak tanah air. Semoga slogan Kejor yeop kejor akan kembali bergema dan menggegar stadium seperti dahulukala di zaman sebelum tsunami politik melanda Malaysia. Dengan kejatuhan kerajaan tsunami membawa sinar kebangkitan pasukan bola sepak perak.
No comments:
Post a Comment