Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, July 15, 2010

Azmin puji sistem kerajaan Pusat lebih telus

“Amalan boros ini mesti dihentikan serta-merta. Perbelanjaan oleh STANDCO (Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah) perlu berhemah bagi mengurangkan penggunaan peruntukkan luar jangka Kerajaan Negeri  Selangor dan merancang perbelanjaan untuk perkara-perkara yang telah dibajetkan.

“Pengalaman saya di Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri memperlihatkan satu sistem yang cukup telus di mana kertas jemaah menteri oleh mana-mana Kementerian mestilah dikemukakan dua minggu sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri untuk membolehkan jabatan-jabatan penting memberikan ulasan termasuk Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi dan juga Jabatan Peguam Negara.

“Kertas sampingan tidak dilayan sama sekali. Kertas Jemaah Menteri yang dihantar lewat dan tiada ulasan dari jabatan-jabatan ini tidak akan dipertimbangkan oleh jemaah menteri. Ini adalah amalan urus tadbir yang baik dan perlu dipegang oleh kerajaan negeri khususnya ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya.

Sehubungan itu kata Azmin berkata beliau ingin mendapatkan penjelasan dari kerajaan negeri apakah Kertas Exco yang dibentangkan tanpa ulasan dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Perbendaharaan Negeri, Bahagian Perjawatan boleh diterima dalam Mesyuarat Exco?” katanya.

Azmin juga menuntut penjelasan perbelanjaan luar jangka yang sudah pupus dalam tempoh suku tahun kedua.

“Saya difahamkan kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan yang melampau dalam majlis-majlis keraian sehingga mencecah angka hampir setengah juta ringgit bagi satu majlis perasmian.

“Inilah akibatnya apabila ulasan dari jabatan-jabatan tidak diperolehi terlebih dahulu sebelum kertas ini dibawa ke Mesyuarat Exco,” kata beliau sambil meminta agar amalan boros dan membazir seperti ini dihentikan segera untuk menjimatkan peruntukkan luar jangka kerajaan negeri.

Beliau juga meminta penjelasan dari kerajaan negeri apakah benar amalan hari ini lebih cenderung untuk melantik juruperunding majlis dan bukan lagi menggunakan perkhidmatan PBT dan Pejabat Daerah Dan Tanah untuk menjayakan majlis-majlis anjuran Kerajaan Negeri.

“Saya ingin mengetahui siapakah syarikat-syarikat swasta yang dilantik untuk menguruskan majlis-majlis kerajaan negeri dan berapakah jumlah yang dibayar kepada setiap syarikat?” kata Azmin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails