Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, July 10, 2010

Mengapa CNN pilihan Anwar.


CNN merupakan penyambung lidah Yahudi bagi membersihkan kerja-kerja kotor yang mereka lakukan di Palestin ini terbukti apabila konvoi keamanan ke Gaza tidak disertai oleh CNN yang merupakan media yang hebat di Amerika tapi dihalang puak israel regim zionis daripada menyertai konvoi tersebut.

Lagi bukti CNN merupakan agen yahudi apabila mereka memecat editor kanan CNN bagi hal ehwal Asia Barat iaitu Octavia Nasr selepas dia memuji ulama syiah yang baru meninggal dunia, Ayatollah Sayyed Mohamed Hussein Fadlallah. Mesejnya yang berbunyi " sedih apabila mendengar pemergian seorang tokoh Hizbullah yang saya sangat hormati....". Mesej tersebut yang diletakkan di laman twitternya tidak dapat diterima oleh CNN menyebabkan pemecatan beliau dilakukan.

Sebelum ini juga seorang koresponden White House Helen Thomas terpaksa bersara selepas beliau mengkritik dan membuat ulasan mengenai Israel. CNN juga sebelum ini yang membesar-besarkan cerita mengenai peristiwa september 11 yang telah menyebabkan anti islam di dunia meningkat menyebabkan orang islam dianggap pengganas oleh negara-negara barat.

Tujuan Anwar memilih CNN adalah kerana beliau bertujuan memohon maaf kepada Yahudi yang sekarang ini sedang curiga dengan beliau yang sering mengeluarkan kenyataan anti israel di Malaysia yang tidak digemari oleh orang yahudi. Kerjasama beliau dengan CNN sedikit sebanyak mengurangkan perasaan curiga israel terhadap anwar. Apa akan terjadi jika Anwar memilih Al-Jazeera untuk mendedahkan apa yang dikatakan beliau ditindas ketika berada di Malaysia. Sudah tentu Regim Israel tidak akan membantu beliau dalam perjuangan beliau untuk kembali menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia.

2 comments:

  1. Soalan yang dikemukakan oleh cnn pd anwar juga telah diberi oleh anwar. Actually, sendiri tanya sendiri jawab. Tu sebab lancar je menjawab, he hee. Taktik lama budak sekolah pun boleh nak tipu dunia..

    ReplyDelete
  2. ish ish ish..orang dah terdesak

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails