Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, September 18, 2010

Nik Aziz tidak mampu jadi penasihat selesaikan pergolakan istana

Gobind Singh Deo dari DAP akan mewakili Tuanku ismail Petra menentang keputusan melantik Tengku Muhamad Faris Petra yang diperakui menteri besar Kelantan Nik Aziz .

PUTRAJAYA: Mahkamah Khas akan mendengar pada 21 Oktober ini permohonan habeas corpus untuk meminta pembebasan bekas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra yang ketika itu dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada Mei.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Tuanku Ismail Petra berkata, tarikh itu yang ditetapkan oleh pendaftar Mahkamah Khas Harmi Thamri Mohamad dalam kamar apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini.

Beliau juga menetapkan 14 Oktober untuk pengurusan lanjutan kes itu bagi memastikan semua dokumen dan afidavit berkaitan difailkan oleh pihak-pihak berkenaan.


Ditanya oleh media sama ada pindaan akan dibuat terhadap writ itu oleh kerana Tuanku Ismail Petra bukan lagi Sultan Kelantan, Gobind berkata "Bagi kami perkara itu akan diteruskan seperti biasa.


"Kita akan failkan afidavit tertentu untuk menjawab afidavit yang difailkan oleh responden.


"Kita akan memasukkan fakta tertentu dan perkara yang berlaku dalam beberapa hari lalu agar fakta itu dalam catatan mahkamah, jadi mahkamah boleh memutuskan mengenai fakta-fakta itu. Saya kini tidak bebas untuk bercakap mengenai aspek itu," kata beliau.


Isnin lalu, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahandanya.


Pihak-pihak dalam kes ini telah menemui Harmi Thamri dalam kamar. Sepasukan peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra termasuk Gobind Singh Deo, Malik Imtiaz Sarwar dan Datuk Mohd Haaziq Pillay, sementara peguam Adam Abdullah mewakili dua daripada lima responden itu, Ketua pengarah Kesihatan dan pengarah HUSM.


Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said mewakili tiga responden lain yang dinamakan dalam writ, Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia.


Writ itu difailkan pada 7 Mei untuk mendapatkan pembebasan Tuanku Ismail Petra dari HUSM dan bagi membenarkan baginda mendapatkan rawatan perubatan mengikut pilihannya.


Permohonan itu menamakan Tuanku Ismail Petra sebagai plaintif dan disokong oleh satu afidavit putera ketiga bekas Sultan itu, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails