Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, September 24, 2010

Pudu: Yeow Leong Kang cedera terkena tembakan.

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi cedera di kedua-dua belah kakinya apabila terkena tembakan dalam satu kejadian di Jalan Pudu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata mangsa yang dikenali sebagai Yeow Leong Kang, 41, cedera di betis kanan dan kiri dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu.

"Lelaki itu duduk dalam kenderaannya berhadapan deretan kedai di jalan berkenaan dan tiba-tiba dia terdengar satu letupan seolah-olah seperti bunyi mercun.


"Mangsa kemudian terkejut apabila mendapati kedua belah kakinya berdarah," katanya ketika dihubungi Bernama.


Mengulas lanjut, Zulkarnaian berkata siasatan awal mendapati tembakan itu menembusi pintu di sebelah pemandu sebelum terkena betis kanan dan kiri Yeow, dan kemudian menembusi pintu sebelah kiri bahagian depan teksi berkenaan.


Peluru ditemui di tepi jalan berhampiran teksi berkenaan, katanya.


"Kebetulan ada seorang anggota polis di tempat kejadian dan anggota berkenaan telah membantu menghantar mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUM) untuk rawatan," katanya.


Zulkarnain berkata polis kini menjalankan siasatan mengesan dari mana tembakan itu dilepaskan.


"Kejadian berlaku sekelip mata...tiada saksi yang tahu dari mana datangnya tembakan itu dan polis akan siasat motif kejadian," katanya.- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails