Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, September 21, 2010

Manikavasagam sudah muak dengan R Sivarasa

SHAH ALAM 20 Sept. - Naib ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kapar, S. Manikavasagam mengesahkan beliau akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti yang dijadual November ini.

Beliau berkata, sembilan cabang PKR di Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Sabah yang mengadakan mesyuarat agung tahunan pada Sabtu lepas dan semalam mencalonkannya bagi bertanding jawatan tertinggi itu.

Manikavasagam berkata, cabang berkenaan adalah Kampar, Batu Gajah, Batu Kawan dan Ipoh Barat (Perak), Permatang Pauh (Pulau Pinang), Beaufort, Papar dan Kota Marudu (Sabah) dan Indera Mahkota (Pahang).

“Keputusan untuk bertanding dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk sokongan ‘di luar dugaan’ khususnya di Sabah,” katanya. -

Manikavasagam sebelum ini berkata, sudah tiba masanya Sivarasa memberi peluang kepada muka-muka baru untuk bertanding jawatan itu.

“Saya tegas mengenai hal ini, ia bukan bersifat peribadi tetapi saya tidak sokong Sivarasa. Kita tidak mahu apa yang terjadi dalam MIC – (S) Samy Vellu pegang jawatan terlalu lama.

“Maka sejajar dengan harapan baru untuk rakyat, beliau (Sivarasa) pun sudah 10 tahun memegang jawatan, kini tiba masa untuk memberi peluang kepada orang lain untuk bertanding,” katanya.

Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails