Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, September 19, 2010

UMNO kelantan tunjuk PAS dan UMNO boleh bersatu

KOTA BHARU 19 Sept. - Kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan menyokong pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kelantan berhubung isu Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra yang akan dibuat pada persidangan khas 27 September ini.

Ketua Pembangkang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, pindaan tersebut mesti disokong kerana melibatkan kebajikan bekas Sultan Kelantan itu.

"Apa tidaknya, kita tetap menyokong persidangan berkait isu Sultan Kelantan, kerana ia adalah raja kita,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka di kediamannya di Padang Upih, Ketereh, dekat sini hari ini.

Md. Alwi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kok Lanas berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian anggota Pembangkang mengenai isu tersebut. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails