Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, September 17, 2010

Polis Malaysia lebih cekap dari FBI

SANDAKAN 16 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucap syabas dan tahniah kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana dapat menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dengan cepat.

Beliau juga mahu pasukan polis turut diberi ruang dan masa untuk menguruskan kes berkenaan agar semua yang terbabit dapat dihadapkan ke muka pengadilan.

"Ini satu kejayaan (pihak polis) yang begitu memberangsangkan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM kerana dapat bertindak cepat, pantas dan dapat membongkar mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan mangsa tersebut.

"Saya berharap mereka dapat mencari bukti-bukti yang jelas yang boleh dikemukakan di mahkamah supaya mahkamah tidak merasa ragu untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal degan angkara yang cukup kejam yang telah dilakukan oleh mereka itu,” katanya.

Najib berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Juara Rakyat peringkat Sabah dan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini, sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang menyifatkan kes pembunuhan jutawan kosmetik itu berusia 47 tahun dan tiga rakannya yang lain telah selesai.

Tiga yang lain pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pegawai CIMB bank cawangan Kampung baru, di sini, Noorhisham Mohamad, 38 dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lepas, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.

Najib berkata, polis tidak boleh bertindak terburu-buru membawa kes berkenaan ke mahkamah kerana mereka terpaksa mencari bukti kukuh yang boleh mensabitkan semua yang dituduh di muka pengadilan.

"Setakat ini (mereka akan) didakwa tetapi pendakwaan mesti disabitkan kesalahan di mahkamah.

“Ini yang kita mesti berikan masa dan ruang secukupnya (kepada polis) untuk mencari bukti yang boleh dibawa ke mahkamah sehingga tidak ada keraguan sama sekali. Sebab kalau nak jatuhkan hukuman, ia kena melangkaui keraguan munasabah,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails