Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, September 27, 2010

Pas perlu bebaskan diri dari cengkaman Nepotisme PKR dan Diktator DAP

Pas perlu bermuhasabah diri dan menilai semula hubungan mereka dengan parti PKR dan DAP. PKR yang juga parti teras atau tulang belakang Pakatan Rakyat kini yang semakin lemas dengan kerakusan pemimpin mereka yang gila kuasa dimana mereka berebut-rebut tanpa ada sebarang nilai murni dan etika dalam mencapai kejayaan politik peribadi mereka. DAP pula amat rakus dan mula menunjukkan taring diktator mereka seperti yang berlaku di Perak sebelum ini dan sekarang di Pulau Pinang yang telah berjaya menindas kaum-kaum yang terpedaya dengan ceramah Pas untuk mengundi DAP iaitu kaum melayu.

Kita tahu Pas mempunyai ahli yang amat setia kepada kepimpinan mereka yang agak sukar untuk didekati oleh kepimpinan Umno. Kita amat berharap pada pilihanraya Galas ini mereka dapat membuat protes supaya Pas memutuskan hubungan dengan parti Nepotisme dan rasuah PKR dan Parti kuku besi DAP demi menegakkan kekuatan Islam dibawah panji-panji PAS yang saya yakini akan berjaya menarik lebih ramai pengundi pada masa akan datang jika Pas benar-benar jujur untuk kepentingan Islam.

 Jelas sekali pada ketika dan saat artikel ini ditulis penyokong Pas juga sudah muak dengan PKR dan DAP yang membelakangkan undang-undang dan mempermainkan undang-undang negara sehingga mereka tidak sanggup lagi mengaku penyokong Pakatan Rakyat sebaliknya hanya menyokong Pas yang masih lagi menyokong Pakatan Rakyat. Jadi ayuhlah penyokong-penyokong Pas sekalian anda perlu lakukan protes pada pilihanraya kecil kali ini agar Pas akan kembali kuat untuk membawa agenda islam dalam wadah perjuangan mereka pada pilihanraya umum akan datang. JOM PROTES PAS

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails