Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, September 17, 2010

Celaka punya budak, Polis buat roadblock pun kau langgar

KUALA TERENGGANU 16 Sept. — Seorang anggota polis mengalami kecederaan parah selepas dirempuh oleh sebuah motosikal semasa dia sedang menjalankan operasi pencegahan jenayah dan lumba haram berhampiran Jalan Masjid Abidin di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supritenden Abd. Halim Ishak berkata, Konstabel Arizan Mohamad, 24, berasal dari Sarawak, patah tulang selangka kiri dan juga tulang kaki kiri, di samping menerima 10 jahitan di kepala akibat rempuhan itu.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11.30 malam ketika Arizan bersama 15 anggota dan pegawai polis sedang membuat sekatan jalan raya, apabila sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki yang sampai ke kawasan itu secara tiba-tiba berpatah balik dan memecut dengan laju selepas melihat kehadiran polis.

"Dalam usaha melarikan diri, motosikal itu merempuh konstabel Arizan menyebabkan di tercampak ke jalan raya. Penunggang dan pembonceng motosikal itu turut terjatuh,” katanya ketika melawat Arizan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Katanya, motosikal itu didapati ditunggang oleh seorang pelajar sekolah berumur 15 tahun dan remaja itu cuma mengalami cedera ringan, manakala pemboncengnya yang merupakan seorang pemuda berumur 24 tahun yang bekerja di sebuah hotel mengalami kecederaan di hidung serta mata, dan dirawat di HSNZ.

Abd. Halim berkata, kedua-dua mereka akan direman esok dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 7 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara bahaya.

Menurutnya, ini merupakan kejadian ketiga membabitkan anggota polis di daerah Kuala Terengganu dilanggar semasa bertugas tahun ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails