Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, September 18, 2010

Isnin ini keputusan Rayuan Liwat Anwar, Tiada 'Demo' ke minggu ini

PUTRAJAYA 17 Sept. – Perbicaraan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penolakan Mahkamah Tinggi untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap beliau dijadual Isnin ini.

Panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ahmad Maarop membenarkan permohonan peguam Anwar, Karpal Singh untuk menangguhkan rayuan itu ke tarikh tersebut bagi membenarkan beliau menyediakan hujah-hujah mengenai isu bidang kuasa mahkamah itu untuk mendengar perkara berkenaan.

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Cara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membangkitkan bantahan permulaan bahawa Anwar tidak ada hak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kerana perintah Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, bukan perintah yang terakhir.

Karpal Singh berkata, beliau memerlukan masa untuk menyediakan hujah-hujahnya kerana Mohamed Yusof tidak memberikan sebarang petanda kepadanya bahawa beliau akan membangkitkan isu tersebut.

Peruntukan Seksyen 3 Akta Kehakiman Mahkamah yang menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk melayan rayuan mengenai perkara interlokutori akan diputuskan dalam perbicaraan kerana keputusan itu dianggap bukanlah perintah terakhir.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 16 Ogos yang menolak permohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan liwatnya.

Ini merupakan percubaan kedua Anwar untuk membatalkan pertuduhan itu.

Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu beliau di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails