Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, September 27, 2010

E-mail dari pembaca:Sistem Pemantauan guru bebankan guru

Setiap hari guru dipantau oleh ketua panitia dan sekali-sekala ditegur oleh guru besar. Kadang kala ada juga ibu-bapa datang memantau guru anak-anak mereka. Ada juga berlaku di beberapa sekolah yang mana pihak PIBG turut memantau cara guru bekerja.

Pejabat pendidikan daerah (PPD) juga memantau guru pada basis bila-bila masa dan ada ketikanya Jabatan Pelajaran negeri (JPN) juga memantau guru dan paling hebat kementerian juga memantau guru. Sepanjang tahun dipantau sepatutnya profesion guru menjadi lebih baik, lebih profesional, lebih efisien, lebih sempurna.

Adakah ianya berlaku. Dengan sistem pemantauan terlalu memandang kerja guru menyebabkan guru menjadi lebih sukar menjalankan kerja wajib mereka iaitu mengajar dan mendidik pelajar. Mengapa? Apabila pemantauan dilakukan apakah yang dipantau...pelbagai kerja pengkeranian yang amat membebankan guru.

Apabila tahu dirinya akan dipantau maka guru akan sibuk menyiapkan kerja-kerja pengkeranian sehingga membebankan guru dalam melaksanakan tanggungjawab sebenar sebagai seorang guru.

Sistem pemantauan memang perlu dilakukan dan amat penting untuk memastikan guru-guru tidak leka dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dan juga mendapatkan ilmu-ilmu yang baru. Sepatutnya biarlah tugas memantau guru dilaksanakan diperingkat sekolah sahaja iaitu guru dipantau oleh Guru Besar/ Pengetua dan GPK. Manakala PPD perlu memantau guru-guru besar, pengetua-pengetua serta GPK-GPK di setiap sekolah dalam daerah mereka. JPN pula perlu melakukan pemantauan ke atas setiap PPD jajahan mereka dan Kementerian pula memantau setiap JPN. Sistem ini mungkin lebih berkesan kerana semuanya akan dipantau dan sentiasa menjalankan tugas dengan berkesan.Insyaallah.

Jika semuanya memantau guru sudah pasti guru-guru terpilih sahaja yang dapat dipantau, makanya mereka sahajalah yang akan mendapat keuntungan hasil daripada cara pemantauan yang berhemah dan berkesan iaitu dengan memberi tunjuk ajar jika guru melakukan sebarang kesalahan. Guru-guru yang tidak sempat dipantau pula pastinya akan kerugian ilmu daripada pegawai-pegawai JPN dan kementerian yang amat berharga itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails