Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, September 23, 2010

Hebat: 1 Malaysia dapat bonus 6.38%

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sulung sebanyak 6.38 sen seunit bagi Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi tahun kewangan berakhir 30 September, 2010.

"Ini melibatkan pembayaran sebanyak RM204.67 juta dan akan memberi manfaat kepada 259,162 pemegang unit yang secara kolektif memiliki 4.02 bilion unit AS1M,” kata Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Ahmad Sarji berkata, hingga 21 September, 2010 dana itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM294.05 juta.

Keuntungan daripada jualan saham menyumbang sejumlah RM165.47 atau 56.3 peratus, pendapatan dividen daripada syarikat penerima pelaburan menyumbang RM99.8 juta atau 33.9 peratus, manakala sejumlah RM28.79 juta atau 9.8 peratus diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain.

Beliau berkata, pengiraan pengagihan pendapatan tahun ini akan diasaskan kepada baki minimum bulanan purata yang dipegang sepanjang tahun kewangan berkenaan, dari 5 Ogos hingga 30 September, 2010. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails