Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, September 14, 2010

Nadal pilihan Utama untuk menang Final tenis terbuka Amerika 2010

NEW YORK: Serena Williams 'tewas' kepada bintang tenis Denmark, Caroline Wozniacki selepas dinamakan sebagai pemain pilihan utama wanita bagi Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang bermula Isnin depan.

Wozniacki yang muncul naib juara di Flushing Meadows tahun lalu adalah pemain pertama sejak 2003 yang diletakkan sebagai pemain pilihan utama meskipun tidak memenangi sebarang kejuaraan utama bertaraf major. Wozniacki kini berada di ranking kedua dunia di belakang Serena yang tidak dapat beraksi kali ini kerana ditimpa kecederaan. Sementara itu, pemain Sepanyol, Rafael Nadal kekal sebagai pemain pilihan utama lelaki, diikuti Roger Federer sebagai pilihan kedua.

Juara 2009, Juan Martin del Potro juga terkeluar daripada kejohanan ini kerana masih belum pulih selepas melakukan pembedahan tiga bulan lalu.

Ia kejohanan pertama bagi Wozniacki yang diletakkan sebagai pemain pilihan utama dalam kejohanan grand slam.

Juara bertahan, Kim Clijsters pula dinamakan sebagai pemain pilihan kedua wanita.
Venus Williams, yang juga juara 2000-2001 sebagai pilihan ketiga diikuti naib juara 2008, Jelena Jankovic sebagai pilihan keempat. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails