Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, September 14, 2010

Pengurus didenda RM40000 kerana pertikai keadilan

LIVERPOOL 14 Sept. - Pengurus Everton, David Moyes didenda oleh Persekutuan Bola Sepak England (FA) kerana mempertikaikan pengadil, Martin Atkinson selepas pasukannya seri 3-3 dengan Manchester United.

Moyes dan penolongnya, Steve Round yang turut dikenakan tindakan serupa oleh FA semalam, kecewa dengan Atkinson yang meniupkan wisel penamat sejurus pertahanan Everton, Phil Jagielka menjaringkan gol ke gawang United.

Everton menjaring dua gol dalam masa kecederaan untuk keputusan seri pada perlawanan Liga Perdana England, Sabtu lalu dan Moyes merasakan masa tambahan yang diberikan belum mencukupi.

Moyes dan Round dikenakan denda sebanyak 8,000 pounds (RM40,000) jika mereka menerima dakwaan tersebut. Mereka diberi tempoh sehingga Khamis ini untuk merayu. - AP

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails