Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, September 23, 2010

Surcaj air : Sebelum kita kalah nanti baik kita perah duit rakyat kita, Lim

GEORGETOWN 22 Sept. – Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memperkenalkan surcaj pemuliharaan air (WCS) mulai 1 November tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan penggunaan sumber itu secara bijak dan mengekang pembaziran.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju bahawa kadar baru WCS ialah 24 sen bagi satu meter padu bagi air yang digunakan melebihi daripada peruntukan 35 meter padu sebulan.

"Peruntukan 35 meter padu akan membantu mengurangkan penggunaan air setiap hari daripada 286 liter sehari bagi setiap orang kepada 233 liter sehari,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Katanya, kadar baru itu berkuat kuasa untuk penggunaan mulai 1 November dan ia akan ditunjukkan dalam bil pengguna mulai 1 Januari.

"Hanya mereka yang menggunakan air berlebihan akan membayar lebih bagi bekalan air mereka. Jika pengguna seisi rumah berpatutan, surcaj ini tidak akan menjejaskan anda,” katanya.

Bagaimanapun, Guan Eng, yang juga Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), berkata, kira-kira 70 peratus daripada pengguna domestik di negeri ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan WCS.

Pada masa ini, penduduk Pulau Pinang mendapat sumber bekalan air RM0.22 bagi setiap liter selepas disubsidi oleh kerajaan negeri.

Pada 2009, sejumlah 395,388 pengguna domestik menikmati subsidi air dengan kos yang ditanggung PBAPP kira-kira RM41 juta. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails