Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, September 16, 2010

Kepimpinan India PKR retak apabila Manikavasagam umumkan tidak sokong R Sivarasa

‘Saya tidak sokong Sivarasa’

Jawatan naib presiden parti itu menjadi hangat apabila — Suresh Kumar — seorang lagi pemimpin India dalam parti itu semalam mengumumkan yang beliau akan bertanding jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, pula disebut-sebut bercadang untuk pempertahankan jawatan naib presiden.

Namun menurut Manikavasagam, sudah tiba masanya Sivarasa memberi peluang kepada muka-muka baru untuk bertanding jawatan itu.

“Saya tegas mengenai hal ini, ia bukan bersifat peribadi tetapi saya tidak sokong Sivarasa. Kita tidak mahu apa yang terjadi dalam MIC – (S) Samy Vellu pegang jawatan terlalu lama.

“Maka sejajar dengan harapan baru untuk rakyat, beliau (Sivarasa) pun sudah 10 tahun memegang jawatan, kini tiba masa untuk memberi peluang kepada orang lain untuk bertanding,” katanya.

Katanya, perubahan perlu memandangkan undi masyarakat India ke atas PKR mulai menurun sehingga 10 peratus.

“Siapa-siapa menang saya akan sokong. Kita memerlukan satu naib presiden baru untuk memberi idea-idea bernas untuk terus tarik rakyat kepada PKR.

“Ketika Sivarasa pegang jawatan itu sokongan 80 peratus mulai turun hingga 10 peratus. Ini yang kita tidak mahu,” jelas beliau.

dari FreeMalaysiaToday

counter attack dari R Sivarasa

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails