Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, September 17, 2010

Carian google 'bogel' paling tinggi dari Kelantan.

Kalau bab-baik 18SX ni memang boleh jadi topik hangat lah. Sebenarry ramai yang khusuk mencari bahan seperti ini. Mungkin ketika anda baca artikel ni, ramai yang sedah mencari bahan-bahan berunsur lucah ni. Sedang nak mencari fakta untuk sokong post ni, aku terjumpa artikel dari mstar online:


Pengguna Internet di Kota Bharu dan kuantan paling suka mencari bahan-bahan berunsurkan seks berbanding bandar-bandar lain di negara ini, menurut data daripada sebuah enjin carian Internet. Dua bandar ini berada di tangga teratas dalam senarai 10 bandar utama yang mencari perkataan-perkataan "bogel", "gambar bogel", "Melayu bogel", "seks Melayu" dan "cerita seks" di enjin carian terkenal Google.com.

Ahli psikologi Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar melihat perkembangan ini sebagai suatu yang "biasa", lebih-lebih lagi di Kelantan yang mengamalkan dasar lebih konservatif dalam hal-hal sensitif seperti seksualiti.

"Kalau remaja yang cari, itu biasa kerana pada peringkat inilah mereka akil baligh dan mereka perlu mencari maklumat mengenai seksualiti untuk memahami perubahan yang berlaku ke atas diri mereka".

Pada pendapat aku rasanya ramai remaja di luar sana yang suka mencari bahan-bahan berunsur lucah ni. Lelaki mahpun perempuan. Benda-benda macam ni la yang menjadi pendorong kerosakan akidah serta merosakkan bangsa. Dari sifat ingin tahu bertukar menjadi fenomena yang telah melanda negara kita sebelum ini iaitu 'Pembuangan Bayi'.


Tapi..disebaliknya itu ada pihak yang dapat kelebihan daripada perkara kurang sihat in. Heheh. Paham-paham sajalah. Apapun, perkara ni perlu diambil berat kerana ianya melibatkan anak bangsa kita kelak. Ibu bapa seharusnya memantau aktiviti anak-anak mereka dan laman-laman lucah disekat sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails