Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, April 18, 2011

Inikah Ole-ole Kerajaan atas kemenangan DAP.

MRA ijazah pendidikan tinggi Malaysia-China bakal dimeterai
18/04/2011 12:52pm


BEIJING 18 April — Malaysia dan China akan memeterai Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRA) mengenai ijazah pendidikan tinggi tidak lama lagi kata Duta Besar Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin.

"Pengiktirafan ini telah dibincangkan di peringkat pegawai, dan kita berharap pada masa yang terdekat, ia akan dapat dimuktamadkan.

"Kedua-dua negara telah bersetuju untuk memuktamadkan isu ini dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk kita tandatangani dokumen bagi melaksanakan persetujuan yang telah dicapai semasa lawatan Perdana Menteri ke China pada 2009 dan juga lawatan Presiden Hu Jintao ke Malaysia,” kata Iskandar Sarudin pada sidang media di sini semalam.

Beliau menambah kedua-dua negara sedang memuktamadkan beberapa perkara berhubung isu itu dan berharap ia dapat dimuktamadkan,” katanya.

Sementara itu, Iskandar berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di China melakukan lawatan rasmi pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri mulai hari ini hingga 24 April ini manakala Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pula membuat lawatan rasmi ke China mulai semalam sehingga 24 April. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails