Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, April 16, 2011

Keputusan rasmi dari SPR Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

KUCHING 16 April -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan keputusan pengundian untuk sesetengah kawasan yang diedarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak tengah hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hanya keputusan yang dikeluarkan oleh SPR sahaja sah iaitu berdasarkan kepada maklumat yang telah diberi oleh setiap 71 pegawai pengurus pilihan raya yang telah dilantik.

"Saya telah dimaklumkan banyak sebaran dalam SMS, internet mengatakan parti tertentu telah menang pilihan raya di kawasan masing-masing. Ini maklumat tidak boleh dipercayai, hanya sumber daripada SPR sahaja yang sah," katanya kepada

pemberita di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, hampir dua pertiga atau 1,038 pusat pengundi telah pun ditutup setakat jam 1 tengah hari ini dan kebanyakannya adalah di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Menurutnya walaupun kawasan terbabit telah ditutup awal iaitu seawal jam 9 pagi namun proses pengiraan undi hanya boleh dilakukan bermula jam 12.30 tengah hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails