Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, April 6, 2011

Pertandingan 6 penjuru di PRN Sarawak

Pilihan raya Sarawak: Pertandingan 6 penjuru di 2 kawasan
06/04/2011 4:52pm


KUCHING 6 April - Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 16 April ini menyaksikan dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru dan dua kawasan pula pertandingan lima penjuru.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pertandingan enam penjuru berlaku di Belaga dan Balai Ringin, manakala pertandingan lima penjuru berlaku di Ngemah serta Jepak.

Dalam pada itu beliau berkata, Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di 71 kawasan akan ditentang calon DAP di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) 26, Parti Keadilan Rakyat (PKR) 49, Pas (5), Parti Cinta Malaysia (PCM) 6 dan Bebas 41 kawasan.

Katanya, pertandingan dua penjuru berlaku di 27 kawasan, manakala 23 kawasan lagi berlaku pertandingan tiga penjuru, pertandingan empat penjuru di 17 kawasan, lima penjuru dan enam penjuru pula di dua kawasan.

Tambah beliau, bilangan calon bertanding mengikut jantina pula ialah 197 lelaki dan 16 orang perempuan, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Urusan penamaan calon berjalan lancar di semua kawasan, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku.

Katanya, BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, Pas (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), SNAP (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails