Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, April 18, 2011

Keadilan daily dan blogger pembangkang SPIN dakwa polis sahkan bukan Anwar dalam video

Berikut adalah kenyataan pihak polis:

Siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Oleh kerana pihak polis tidak menyebut secara terperinci siapakah empunya diri di dalam video tersebut maka blogger-blogger pembangkang mula menjaja cerita berikut dengan rujukan daripada akhbar paling celaka di Malaysia keadilan daily. Lihatlah kenyataan mereka yang berniat menghasut rakyat jelata yang tidak mengetahui cerita sebenar
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan bahawa lelaki di dalam video bukan Datuk' Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa oleh BN dan media milik mereka.

Bernama melaporkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata bahawa siasatan mengenai video seks itu telah siap dan siasatan kini menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

"Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah).

"Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan susulan terhadap kes ini dan sekiranya ada mana-mana perkara yang perlu disiasat semula (atas arahan Peguam Negara), kita akan siasatlah," kata Acryl seperti yang dipetik Bernama. Pengedar dan pemilik video lucah itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dengan kenyataan ini, polis dengan sendirinya mengesahkan bahawa pelakon dalam video tersebut bukan Anwar.- KeadilanDaily

((Kenyataan berwarna merah ditokok tambah oleh keadilan daily)

Lihatlah kejahatan pihak pembangkang yang menokok tambah cerita untuk mengelirukan rakyat....di harap pihak polis mengambil tindakan sepatutnya terhadap penjenayah-penjenayah media ini.








No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails