Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, April 16, 2011

Pilihanraya Sarawak uji kebolehpercayaan kaum cina

Secara peribadi aku sangsi dengan kaum cina....

GUA MUSANG 15 April — Penurunan sokongan pengundi Cina terhadap parti pembangkang dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mencapai kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata perubahan itu jelas menunjukkan kaum Cina semakin menolak pembangkang kerana tidak membawa kemajuan kepada mereka.

Lee yang juga Anggota Jawatankuasa Pusat MCA yakin sokongan pengundi Cina pada pilihan raya kecil termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Merlimau dan Tenang, yang melebihi 50 peratus, akan terus kekal untuk PRU akan datang.

"Malah, kami yakin pengundi Cina akan terus bertambah berikutan kekuatan pemerintahaan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan gagasan 1Malaysia untuk semua kaum di negara ini.

"Kaum Cina turut merasai keistimewaan gagasan itu sebagaimana yang mereka nikmati sejak kebelakangan ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Jamuan Makan Malam Sempena Perayaan 62 Tahun MCA di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Gua Musang di sini, malam tadi.

Sempena majlis itu, Lee yang mewakili Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek turut menyampaikan sumbangan RM350,000 kepada pelbagai persatuan kaum Cina bagi menunaikan janji pada pilihan raya kecil DUN Galas November tahun lepas.

— BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails