Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, April 18, 2011

Kalau DAP boleh gugurkan Baru Bian kenapa BN tidak boleh gugurkan Menteri kaum Cina

Tak payah pening-pening....Gugurkan sahaja jawatan Timbalan ketua menteri kaum cina.

SIBU 17 April — Prestasi teruk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 semalam telah mencetuskan keadaan di mana masyarakat Cina hanya mempunyai dua wakil dalam kerajaan negeri.

Diandaikan kerajaan negeri memutuskan untuk mengekalkan kuota Cina, Timbalan Setiausaha Agung SUPP, Datuk Wong Soon Koh kemungkinan akan mengambil alih jawatan timbalan ketua daripada presiden parti Tan Sri Dr George Chan, yang tewas di kerusi Piasau.

Wong, merupakan menteri dalam Kabinet negeri yang lepas, memenangi kerusi Bawang Assam, adalah lebih senior antara dua pemimpin SUPP yang berjaya itu.

Seorang lagi pemimpin itu ialah Datuk Lee Kim Shim, yang berjaya memenangi kerusi Senadin, kemungkinan akan dilantik menteri penuh.

SUPP mempunyai dua menteri dan empat menteri muda dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails