Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, April 12, 2011

Tahanan reman ustaz sekolah agama Pas disambung

KANGAR: Mahkamah Majistret hari ini membenarkan tempoh reman terhadap seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian pelajar Sekolah Rendah Islam Al Furqan, Jejawi dekat sini, dilanjutkan sehingga 15 April

Lelaki berumur 26 tahun yang ditahan pada 2 April lalu bagi membantu siasatan itu dibawa ke mahkamah majistret hari ini untuk mendapatkan lanjutan reman, setelah tempoh reman kali kedua berakhir hari ini.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim membenarkan reman dilanjutkan selama empat hari lagi bagi membolehkan pihak polis mengemaskini kertas siasatan.

Lelaki yang juga penyelia asrama sekolah itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 3 April lalu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar selepas dikatakan dipukul ustaz berkenaan ketika menyiasat satu kes kecurian di asrama sekolah itu pada 31 Mac lalu.

Pelajar yang pengsan dan koma itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar sebelum dirujuk ke HSB Alor Setar.

Kes yang membabitkan pelajar sekolah kelolaan parti PAS itu mendapat perhatian nasional dan parti itu turut menyuarakan rasa dukacita dengan kejadian tersebut. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails