NANTIKAN TANGISAN AZIZAH DAN ANAKNYA NANTI UNTUK SELAMATKAN SUAMI DIRI DAN KELUARGA: Dah biasa makan duit haram.....kalau Anwar takdak macam mana tu??????
KUALA LUMPUR 5 April – Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini tetap mempertahankan bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pelaku dalam klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.
KUALA LUMPUR 5 April – Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail hari ini tetap mempertahankan bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pelaku dalam klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata setelah menonton klip video itu menerusi Internet, beliau dan anggota keluarga yakin lelaki dalam video itu, yang mirip suaminya, bukan Anwar.
"Saya dan keluarga sudah menonton video itu yang dipaparkan di sebuah laman web. Kami mengambil keputusan menontonnya selepas difahamkan tiada adegan lucah.
"Hanya kami sekeluarga mengenali Anwar secara intim dan amat jelas sekali bahawa pelaku di dalam video itu bukan Anwar berdasarkan susuk tubuh yang berlainan,” katanya pada sidang berita di kediamannya di Segambut di sini.
Klip video hitam putih itu dengan durasi 1 minit 47 saat dimuat naik dalam Youtube semalam, yang menampilkan seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan bertuala.
Wan Azizah memberitahu Anwar kini berada di Sarawak untuk pilihan raya negeri itu.
Beliau juga berkata walaupun polis telah mengesahkan video seks itu tulen, ia tidak membuktikan bahawa suaminya merupakan pelaku dalam video itu.
"Tulen atau tidak, itu bukan isu. Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu, malah terdapat tulisan dalam bahasa Thailand di dalam video yang saya tonton yang durasinya tidak sampai dua minit itu,” katanya.
Beliau berkata lelaki dalam video itu tidak mungkin suaminya memandangkan sejak setahun lepas, anak-anak mereka menemani Anwar ke mana-mana termasuk semasa menjalani fisioterapi bagi memulihkan sakit tulang belakang yang dihadapinya.
"Semua tuduhan yang dilemparkan terhadap Anwar adalah tidak masuk akal.
Bagaimana beliau dapat melakukan kesemuanya yang nampaknya bertentangan antara satu sama lain,” katanya.
Ketika ditanya mengenai jam tangan Omega milik Anwar, yang didakwa hilang, Wan Azizah berkata jam itu berada dalam simpanannya namun beliau tidak menunjukkannya. - Bernama
No comments:
Post a Comment