Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, April 2, 2011

Mari BOIKOT astro warna kerana maharaja lawak

Tuan-tuan semalam program Maharajalawak terpaksa juga disiarkan di astro prima walaupun sebelum ini astro mengwar-warkan ianya hanya ekslusif di astro warna. kenapa jadi begitu, sudah tentu kerana pelanggan astro warna belum cukup untuk memberi keuntungan sms kepada astro maka ianya terpaksa juga ditayangkan di astro prima.

Walaubagaimanapun semalam pengacara astro tetap mengugut peminat-peminat rancangan tersebut tentang penyiaran di astro prima hanya untuk 2 minggu pertama sahaja. Saya mohon tuan-tuan abaikan ugutan tersebut kerana jika kita mengikut telunjuk astro maka kita telah mengikut rentak astro yang mahu mendapat untung berlipat ganda daripada langganan astro warna dan juga melalui sms nanti.

Saya cadangkan kita bersabar dengan jangan melanggan astro warna untuk memaksa astro menayangkan semula maharajalawak di astro prima semula untuk minggu ketiga dan seterusnya. Saya juga mencadangangkan pelanggan astro warna tidak mengundi semua peserta pada minggu ketiga nanti kerana astro sudah pasti tidak akan mengeluarkan semua peserta jika semuanya tidak mendapat undi. Kalau boleh sesiapa yang sudah melanggan astro warna sila hentikan langgana tersebut supaya anda turut membantu rancangan boikot ini

sekian terima kasih

1 comment:

  1. Sokong.Memang berniat menjerat.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails