Kes pukul pelajar: Ustaz minta maaf atas perbuatannya
04/04/2011 8:08pm
04/04/2011 8:08pm
KANGAR 4 April - Bapa angkat kepada murid yang dipukul sehingga meninggal dunia tidak menyangka individu yang menjemputnya untuk melihat keadaan anak angkatnya itu di hospital merupakan indivdu yang melakukan perbuatan tersebut.
Mohd Zamri Shafie, 40, seorang pekerja kilang simen berkata, ustaz tersebut yang menelefonnya sendiri pada pukul 1.40 pagi Jumaat lalu untuk memaklumkan bahawa anak angkatnya Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7, telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat mengalami sawan dan mengajaknya untuk melihat kanak-kanak tersebut.
"Pada mulanya saya tidak menyangka ustaz itu yang memukul anak saya sehinggalah beliau sendiri datang jumpa saya pada pagi hari Jumaat dan meminta maaf atas perbuatannya,” kata Mohd Zamri kepada pemberita di rumahnya di Jejawi dekat sini hari ini.
Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.
Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi semalam. - Bernama
dlm islam, bunuh dibalas bunuh.
ReplyDelete