Selesai sudah solat jumaat hari ini, aku amat tertarik dengan khutbah jumaat yang disampaikan oleh khatib pada hari ini perihal soal marah. Khatib dengan jelas berkata bahawasanya jika kita merasa marah adalah elok jika kita duduk atau berbaring dan mengawal kemarahan kita. Kita juga dibenarkan marah jika ada seseorang yang menghina rasullullah, al-quran dan agama islam tetapi perlulah dengan cara yang berhemah.
Aku lihat khutbah ini amat kena pada orang Pas yang bertindak seperti hakim memarahi rakan-rakan islam didalam Umno tetapi terlalu tunduk pada penyokong-penyokong DAP walaupun mereka menyindir orang islam dengan memohon masjid memperlahankan azan kerana mengganggu mereka dan berbagai-bagai lagi perbuatan biadap penyokong DAP terhadap pemimpin-pemimpin islam termasuk institusi di raja.Malahan pengikut-pengikut PAS turut sama menengking-nengking orang Umno yang dikatakan mereka tidak adil dan sebagainya.
Bukannya tidak boleh marah, tetapi kemarahan itu biarlah disalurkan dengan cara yang berhemah. Janganlah hanya nampak kecacatan yang dilakukan oleh Umno sahaja tetapi nasihatlah juga rakan-rakan DAP yang semakin kurang ajar dan biadap terhadap orang islam dan melayu di negara ini. Janganlah ketika mahu menjual barang kepada orang melayu sahaja orang-orang DAP ini kelihatan sungguh baik hati tetapi setelah selesai urusan perniagaan anda menghina kami, pemimpin-pemimpin dan Raja-raja kami.
No comments:
Post a Comment