Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, April 10, 2011

MIDF ambil alih peranan kerajaan negeri kelantan bina rumah fakir miskin

MIDF sumbang RM330,000 bina rumah fakir miskin di Kelantan
10/04/2011 9:59pm


JELI 10 April — Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) hari ini menyumbang RM330,000 bagi membina 10 rumah untuk fakir miskin di Kelantan.

Pengerusi Kumpulan MIDF, Tan Sri Mahmood Taib berkata sumbangan itu merupakan tanggungjawab sosial korporat agensi itu terhadap golongan sasar yang memerlukan bantuan.

"MIDF telah menyalurkan wang zakat perniagaannya berjumlah RM330,000 kepada asnaf fakir miskin menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK),” katanya pada majlis penyerahan perabot kepada tiga daripada 10 keluarga asnaf fakir miskin di Kampung Lalat, Batu Melintang, di sini hari ini.

MIDF turut menyumbangkan kelengkapan asas rumah di bawah Program Rumah Murni MIDF kepada keluarga fakir miskin tersebut dengan setiap keluarga menerima perabot bernilai RM3,000. —Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails