Semalam Karpal Singh buat kejutan. Dia minta agar kesemua ahli parlimen dibenarkan menonton video seks lucah Anwar Ibrahim. Ini dah bukan kategori 18sx, tapi lebih daripada itu.
Kenyataan Karpal ini memang menyentak jantung raja porno. Silap haribulan ramai penyokong mereka pun tak senang duduk.
Selama ini Karpal dianggap malaikat yang melindungi Anwar. Karpal adalah hero kepada loyalis anwarista.
Karpal tidak muncul sewaktu kes liwat 1998. Waktu itu bukan Karpal yang menjadi hero parti keldaian. Yang menjadi hero Anwar pada kes liwat 1998 adalah Zainur Zakaria, Zulkifli Nordin, Pakwan Chik Merican, Gurbachan Singh, Allahyarham Christopher Rizal Fernando, Aziz Adruse, Sankara Nair dan Sulaiman Abdullah.
Karpal tidak mewakili Anwar pada ketika itu. Nama-nama di atas adalah pejuang kepada pembebasan Anwar.
Daripada lapan peguam Anwar pada tahun 1998, yang tinggal dan loyal hanya satu, Sankara Nair.
Mana pergi yang lain? Christopher Fernando sudah meningal, Pakwan Chik Merican, Zainur Zakaria, Aziz Adruce, Sulaiman Abdullah, Gurbachan Singh semuanya telah meninggalkan Anwar.
Sewajarnya dalam kes liwat antara Anwar dan Saiful, tujuh bekas peguam Anwar ini patut kembali menerajui kes Anwar.
Tapi wajah mereka tidak kelihatan. Kenapa ?
Karpal pada tahun 1997 dalam sesi parlimen mahu perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir untuk menangkap Anwar. alasannya kerana Anwar telah meliwat dua lelaki.
Game Karpal mudah dibaca. Dia tahu namanya masih punyai kredibel dalam sejarah perundangan negara.
Tetapi apabila melihatkan petunjuk kebenaran yang semakin jelas membuktikan Anwar ini tiada moral, Karpal sudah pusing.
Dia pernah pusing dalam kes Teoh Beng Hock (isu suruhanjaya). Karpal berkeyakinan isu ini tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada namanya.
Hari ini kes video seks telah keluar. Karpal pernah menyebut supaya Anwar Ibrahim harus bertaubat selepas insiden Perak tumbang.
Hari ini Karpal buat kejutan lagi. Video seks ini hendaklah ditayang dihadapan semua ahli parlimen. Adakah ini caranya untuk Karpal menjarakkan diri daripada Anwar ?
Segalanya mungkin. Karpal tahu siapa Anwar. Maka untuk dijadikan alasan Karpal berambos daripada terus dikaitkan dengan Anwar, maka sesi tayangan wajib video seks di parlimen telah diusulkan.
Tujuh peguam kes liwat anwar tahun 1998 sudah cabut lari daripada dikaitkan nama mereka dengan Anwar.
Hari ini giliran Karpal pula. Esok lusa….mana tahu Pas ? Minggu depan, bulan depan silap hari bulan Wan Azizah ?
Selamat tinggal Anwar. Semoga selamat bersemadi di penjara Sungai Buloh.
gerakan-anti-pkr.blogspot.com
No comments:
Post a Comment