Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, September 21, 2010

Polis tembak remaja 19 tahun.

JOHOR BAHRU - Anggota polis telah melepaskan dua das tembakan amaran ke udara sebelum bertindak menembak kaki seorang pemuda berusia 19 tahun yang dipercayai cuba melarikan diri daripada ditangkap dalam kejadian di Jalan Dedap, Taman Johor Jaya dua hari lepas.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pemuda itu dan rakannya berusia 16 tahun yang menaiki sebuah kereta sebelum itu telah bertindak agresif dalam usaha untuk melepaskan diri daripada anggota polis.

"Kereta terbabit telah diarah berhenti untuk diperiksa, sebaliknya kedua-duanya bersikap agresif dengan menghimpit dan cuba merempuh anggota polis yang bermotosikal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata tiga anggota polis yang sebelum itu sedang meronda telah mengesan kereta Proton Waja dinaiki pemuda terbabit berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Dedap 4 dan mengarahkan mereka berhenti untuk diperiksa.

Dalam usaha untuk melarikan diri, kereta suspek turut merempuh sebuah kereta milik awam di Jalan Dedap 24 menyebabkan mereka keluar daripada kereta dan cuba melarikan diri ke kawasan perumahan. - Bernama

1 comment:

  1. Tengok laa sehari dua ini akan kecuh laa puak pacacai PAS/DAP dan PKR memainkan isu ini didalam blog atau diakbar sebab perkara ini boleh dijadikan isu politik mereka bagi memburukkan kerajaan...tetapi pabila kes tidak menguntungkan politik mereka umpama kes pembunuhan susilawati mereka akan diam..buat tak reti sahaja...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails