Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, September 28, 2010

Tumpukan pada kaum Melayu di Galas, BN pasti menang


Umno perlu menarik kembali sokongan penyokong sendiri yang memprotes dan mengundi calon pas iaitu seramai 411 orang. Pada tahun 2004 calon Umno En Saufi Deraman mendapat 4164 undi yang merosot kepada 3753 pada tahun 2008. Jika Umno berjaya menarik kembali sokongan 411 orang yang protes ini maka umno akan mendapat 4164 undi semula manakala calon Pas akan datang akan merosot kepada 3988 undi sahaja. Oleh itu BN akan menang tipis dengan majoriti 186 undi.

Undi Pas kali ini akan hadir daripada sokongan kaum cina iaitu  25% daripada pengundi Galas iaitu kira-kira sebanyak 2500 orang yang diyakini tidak mengundi pada 2004. Undi pas bertambah 2000 undi pada 2008 berbanding hanya 2455 pada pilihanraya sebelumnya dipercayai undi kaum cina yang mempunyai agenda nasional tersendiri mereka yang bukannya ikhlas mengundi PAS.

Pas juga akan memainkan semula isu hudud pada pilihanraya kali ini untuk menarik kembali sokongan orang melayu.Sila buat rakaman siaran langsung siri penipuan ceramah-ceramah Pas supaya rakan DAP mereka akan panas punggung. Pemimpin UMNO jangan janji apa-apa kepada kaum cina kali ini kerana sokongan mereka akan tetap diberikan kepada calon parti islam iaitu PAS. Jika janji dibuat apabila kalah nanti mereka tetap akan minta juga walaupun haram tak mengundi Umno.

Jika nak janji wang juta-juta sila berikan kepada kaum melayu yang pasti akan mengundi BN pada pilhanraya kali ini. Ini mungkin akan membuka mata kaum cina selepas ini agar kembali menyokong  BN. MCA juga tak perlu kempen pada pilihanraya kali ini kerana akan merugikan wang untuk belanja kempen mereka. Jika mahu kempen juga biar mereka gunakan cara PAS iaitu minta sedekah dari penyokong Cina yang mahu mengundi Parti Islam. Mereka hanya mahu wang dari pemimpin BN tetapi undi untuk PR bagi menguatkan kuasa mereka. Disamping itu kita juga boleh menguji kesetiaan MCA di Galas.

1 comment:

  1. Setuju beb, moh kita galas perjuangan ini. Group Perkasa dah turun, UMNO hangpa jangan eksyen sangat ayuh bekerjasama dengan kami jika nak jadi ADUN Galas!!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails