Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, September 3, 2010

Pemimpin PAS tidak sedar semasa buat perjanjian tolak HUDUD

Zulkifli Nordin menulis,
Cuma satu persoalan besar yang ingin saya kemukakan kepada ahli akar umbi PAS, adakah mereka sedar bahawa kerjasama diantara PAS-PKR-DAP untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat terikat kepada satu perjanjian: iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir jika memerintah; melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat; dan penubuhan sebuah negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat!! Malahan, Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang sekular saperti yang sedia ada.

Dan adakah ahli akar umbi PAS sedar, bahawa Zaid Ibrahim, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR membuat kenyataan bahawa agenda penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam jika Pakatan memerintah hanyalah mimpi PAS; mimpi kerana katanya PAS tidak akan dapat melaksanakannya bersama dengan Pakatan, kerana kerusi PAS didalam Parlimen tidak cukup untuk berbuat sedemikian! Zaid kata PAS bermimpi untuk melaksanakan hudud, nak menubuhkan negara Islam!

Dan ahli akar umbi PAS perlu sedar bahawa Zaid Ibrahim inilah orangnya yang memfailkan saman di Mahkamah untuk membatalkan Enakmen Hudud, Qisas & Ta'zir yang digubal oleh Kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999! Dan inilah orangnya yang PAS bantu bertungkus lumus dalam PRK Hulu Selangor bulan April 2010 lepas!

Itulah hakikatnya! Itulah faktanya! Bahawa perjuangan PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar dan persetujuan bersama Pakatan Rakyat. Itu hanya mimpi PAS, kata pemimpin Pakatan! Mimpi yang PAS tidak akan dapat capai selagi dengan Pakatan!
Saya percaya ramai ahli akar umbi PAS tidak tahu bahawa undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan, dan negara Islam tidak akan ditubuhkan, dan Perlembagaan sekular sedia ada akan terus diamalkan jika Pakatan Rakyat yang memerintah.

Saya yakin dan percaya ahli akar umbi PAS kebanyakannya memang ikhlas bersama PAS kerana percaya kepada perjuangan PAS mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud, qisas & ta'zir. Mereka sanggup berderma jihad, bersengkang mata mengahdiri ceramah tiap malam, menumpahkan keringat & meninggalkan anak isteri untuk bersama menampal poster pilihanraya. Ada isteri yang meninggalkan suami dan anak-anak dirumah demi perjuangan ikhlas ini.

Malahan ada yang sudah terkorban syahid kerana mempertahankan dan memperjuangkan penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam yang menajdi cita-cita PAS. Semasa membuat kes Al Ma'unah, saya membaca tuntutan yang dikemukakan oleh mereka semasa dikepung oleh pasukan keselamatan. Mereka menuntut penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam. Dan 100% mereka adalah ahli PAS, khususnya dari Unit 'Amal PAS. Dan kini 4 daripada mereka sudah membayar harga perjuangan mereka ditali gantung, 19 lagi sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Semua itu kerana keyakinan dan kepercayaan mereka kepada perjuangan ikhlas PAS untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam. Dan saya yakin para ulama dan ahli akar umbi PAS masih berpegang kepada cita-cita dan perjuangan murni itu.

Namun saya percaya ramai ahli akar umbi PAS sebenarnya tidak tahu bahawa persekongkolan PAS dengan DAP-PKR didalam Pakatan Rakyat bermakna perjuangan untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dan menolak Perlembagaan sekular telah diketepikan. Ia tidak termasuk didalam dasar Pakatan Rakyat jika memerintah. Ia hanyalah mimpi PAS kata pemimpin PR!

Kalau tidak percaya, cuba tanya golongan Anwarinas didalam PAS. Atau cuba tanya Anwar Ibrahim sendiri. Ya saya tahu mereka akan jawab ini agenda UMNO dan BN untuk memecah belahkan Pakatan. Ini cubaan jahat mereka kerana takut hilang kuasa. Mereka akan kata ini usaha jahat UMNO meniupkan sentimen agama dan perkauman. Mereka akan kata ini cubaan UMNO untuk menutup isu lain, isu rasuah, isu itu dan isu ini. Dan saya tidak hairan jika mereka akan membuat kelentong biasa; nanti kita memerintah kita tahu lah nak buat apa. Ini lagu basi yang selalu dibohongkan kepada kita.

Sedarlah sahabat dan rakan didalam PAS. Isu ini tidak ada kena mengena dengan orang lain; samada UMNO, BN, atau lain-lain pihak. Ini adalah perjanjian yang dipersetujui diantara PAS-DAP-PKR. Perjanjian itu dideraf dan ditaip oleh Pakatan sendiri. Takkanlah UMNO atau BN yang membuat perjanjian untuk dipersetujui noleh PAS-DAP-PKR. Kecualilah kalau ada orang yang begitu bodoh mahu mempercayai pembohongan ini!

Perjanjian untuk tidak menubuhkan negara Islam, tidak melaksanakan hudud, qisas & ta'zir dan menerima Perlembagaan sekular jika Pakatan Rakyat memerintah adalah persetujuan bersama diantara PAS-DAP-PKR. Ini disahkan sendiri oleh Anwar Ibrahim, Dr. Dzulkfly Ahmad, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim dan lain-lain pemimpin Pakatan didalam kenyataan-kenyataan mereka baru-baru ini. Jangalah kita termakan racun pembohongan yang menuduh orang lain. Jika tidak percaya, tanya sendiri dengan mereka.

1 comment:

  1. PAS DIPERBODOH-BODOHKAN OLEH DAP DAN PKR..

    TAHNIAH PENGUNDI PAS..
    ANDA JUGA DIPERBODOHKAN..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails