Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, September 3, 2010

Alhamdulillah....Balik Raya Tol Percuma.

KUALA LUMPUR: Dua puluh empat syarikat konsesi lebuh raya memberikan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri ini manakala syarikat konsesi Kumpulan MTD "menghadiahkan" laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Kumpulan MTD memberikan laluan tol percuma pada 7, 8, 15 dan 16 Septmber depan mulai 9 malam hingga 6 pagi kepada semua jenis kenderaan.

Sejumlah 24 lagi syarikat konsesi lain, katanya memberikan diskaun tol pada 6 hingga 8 September serta 13 hingga 15 September mulai 12 malam hingga tujuh pagi, umumnya bagi kenderaan ringan iaitu kereta dan beberapa kelas kenderaan lain. "Selain menyemarakkan sambutan Hari Raya mereka memberi tol percuma dan diskaun untuk melakukan penyuraian trafik kerana mereka percaya bila beri diskaun atau tol percuma pada waktu itu, maka lebih ramai orang akan menggunakan lebuh raya.


"Nanti tidaklah berlaku kesesakan pada waktu puncak terutama siang. Sebab itu syarikat konsesi mempunyai strategi mereka sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya kementerian itu di Plaza Tol Gombak di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails