Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, September 7, 2010

GRO tawar seks ditahan di Pulau Pinang


BUKIT MERTAJAM: Polis menahan sembilan wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai Jaya di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, lapan wanita warga China dan seorang Vietnam yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks itu ditahan dalam operasi kira-kira jam 12.10 tengah malam.

"Kita menyerbu pusat hiburan berkenaan selepas menerima aduan dan risikan.


Hasil pemeriksaan tiga daripada mereka yang ditahan tiada sebarang dokumen perjalanan diri manakala, selebihnya menyalahgunakan pas lawatan sosial.


"Polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjaga di pusat hiburan berkenaan kerana menggaji pendatang asing tanpa permit yang sah," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Beliau berkata, dalam serbuan itu polis turut memeriksa seramai 52 pengunjung dan 23 daripadanya didapati positif dadah.


Kita menahan 15 lelaki dan lapan wanita yang positif dadah berkenaan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Dalam perkembangan lain Azman meminta orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri agar memaklumkan kepada polis supaya pihaknya dapat membuat rondaan.


"Saya minta mereka yang ingin pulang ke kampung memaklumkan kepada pihak polis supaya kita boleh membuat rondaan bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini seperti kes kecurian atau pecah rumah berlaku," katanya.-Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails