Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, September 9, 2010

Sebelum ni percuma saja, lepas ni anda akan dicaj hingga RM4.

KUALA LUMPUR: Kutipan tol di Plaza Tol Jelebu Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan dibuat mulai 12.01 pagi 21 September.

Kadar bayaran yang ditetapkan bagi kelas satu (kecuali teksi dan bas) ialah
RM1.90, kelas dua (kecuali bas) RM2.90, kelas tiga iaitu kenderaan yang
mempunyai tiga gandar (kecuali bas) RM3.90 dan kelas empat iaitu teksi sebanyak
RM1.

Menurut kenyataan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kadar bagi kenderaan
kelas lima iaitu bas ialah sebanyak 80 sen setelah kerajaan memberi diskaun 50
peratus dari harga asal RM1.50 untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

"Pembukaan pakej tiga LEKAS itu dari Persimpangan Bertingkat Setul ke Persimpangan Paroi sepanjang 11.6 kilometer pada 9 Ogos lepas melengkapi

keseluruhan jajaran lebuhraya LEKAS sepanjang 44.3 kilometer," kata LLM.

Pakej satu dan dua LEKAS yang melibatkan Persimpangan Bertingkat Kajang
Selatan hingga Persimpangan Bertingkat Setul dibuka secara berperingkat-peringkat mulai Ogos 2008.



Lebuhraya LEKAS dapat memendekkan perjalanan dari kawasan sekitar Lembah Klang menuju ke Seremban/selatan tanah air selain boleh digunakan sebagai laluan
alternatif kepada jalan sedia ada untuk mengelak kesesakan lalu lintas.
-Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails