Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, September 8, 2010

Lebih setengah juta peminat baca Utusan online

KUALA LUMPUR: Akhbar nombor satu, Harian Metro menerusi akhbar dalam taliannya yang boleh dicapai menerusi alamat www.hmetro.com.my mendahului senarai akhbar Internet berbahasa Melayu paling ramai dikunjungi dengan catatan 545,000 pelawat sepanjang Julai lalu.

Tempat kedua akhbar berbahasa Melayu paling ramai dikunjungi ialah utusan.com.my dengan 523, 000 diikuti bharian.com.my (474,000), kosmo.com.my (343,000) dan harakahdaily.net (200,000). Hasil tinjauan firma pengukur dunia digital, comScore Inc, hmetro.com.my atau lebih dikenali myMetro menerima purata 20.7 pelawat seminit dengan setiap pengunjung memperuntukkan purata masa 20 minit di laman web terbabit.

Bagi kategori akhbar dalam talian tempatan paling ramai dikunjungi, myMetro menduduki tempat ketiga di belakang The Star Online yang menerima kunjungan 788,000 pelawat dan Malaysiakini.com (547,000 pelawat).


Menerusi tinjauan itu, kira-kira 5.5 juta rakyat negara ini yang berusia 15 tahun ke atas dilaporkan melawat laman berita dan maklumat pada Julai lalu.


Naib Presiden comScore Inc Asia Tenggara, Joe Nguyen berkata, sama seperti akhbar konvensional, pembaca dalam talian mempamerkan kesetiaan kepada jenama yang menjadi pilihan mereka.


“Hanya seorang daripada empat pelawat mengunjungi lebih daripada satu laman akhbar dalam talian tempatan paling kerap dikunjungi.


“Selain itu, laman berita Internet mempunyai gabungan ciri capaian signifikan dan pembabitan pengguna menjadikannya destinasi sesuai untuk pengiklan mengiklankan jenama mereka,” katanya.


Secara keseluruhannya, Yahoo! News yang menerima kunjungan 1.95 juta pelawat dan New York Times Digital (873,000 pelawat) menduduki dua tempat teratas membabitkan akhbar dalam talian paling kerap dikunjungi rakyat negara ini sepanjang Julai lalu.


Sementara itu, menerusi data diperoleh daripada Google Analytics, myMetro mencatat bilangan kunjungan keseluruhan berjumlah 5.6 juta dengan jumlah pengunjung unik mutlak mencecah 1.6 juta pelawat, sepanjang Julai lalu.


Menurut Google Analytics lagi, secara puratanya, setiap pelawat mengunjungi 6.4 laman myMetro dan memperuntukkan masa 10.23 minit setiap kunjungan.


Selain itu, laman peminat myMetro di Facebook yang diperkenalkan sejak Januari lalu, kini mempunyai lebih 120,000 peminat.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails