Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, September 12, 2010

Indonesia utus persahabatan untuk Malaysia

JAKARTA: Sebagai tanda menyokong penyelesaian secara aman terhadap perbalahan digunakan untuk menyelesaikan perbalahan antara Indonesia dan Malaysia, sekumpulan 220 pelajar sekolah tinggi di Jawa Tengah menulis surat persahabatan kepada pelajar Malaysia.

Dalam warkah berkenaan, para pelajar Sekolah Tinggi Pertama Keluarga itu melahirkan harapan mereka untuk melihat hubungan tegang antara kedua-dua negara akan kembali reda, lapor akhbar mingguan, Sunday Post hari ini.

"Kami bersetuju mengutuskan warkah persahabatan kepada para pelajar di sana dan melalaui surat ini, kami mengajak mereka mengukuhkan ikatan persahabatan antara pelajar Indonesia dan Malaysia," kata Ardi Satya, pelajar sekolah berkenaan kepada akhbar itu.


Pelajar itu berkata, tindakan mengisytiharkan perang terhadap Malaysia bukan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah antara kedua-dua negara kerana terdapat cara lain yang tidak bersifat permusuhan.


Seorang pegawai sekolah itu memberitahu akhbar itu bahawa surat berkenaan akan dihantar kepada kedutaaan Malaysia di Jakarta pada Isnin.


Akhbar itu juga memetik pengetua sekolah berkenaan Basuki sebagai berkata, beliau berharap lebih banyak pelajar dari kedua-dua negara mengambil langkah sama.


"Kami menentang peperangan kerana ia akan mengorbankan nyawa," katanya.


Sejak tiga minggu lalu, beberapa ahli politik Indonesia menggesa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono supaya mengisytiharkan perang terhadap Malaysia sebagai cara penyelesaian muktamad untuk menyelesaikan masalah antara kedua-dua negara.


Hubungan dua hala Malaysia-Indonesia tegang berikutan satu kejadian di sempadan maritim di kepulauan Riau pada 13 Ogos apabila polis marin Malaysia menahan tiga pegawai Indonesia, manakala pihak berkuasa republik itu pula menahan tujuh nelayan Malaysia.


Bagaimanapun, semua yang ditahan itu dibebaskan oleh pihak berkuasa kedua dua negara pada 17 Ogos.-Bernama

1 comment:

  1. Indon ni perangai dia pada kita ibarat anjing menyalak bukit. Kita tak kisah pun apa yang dia buat.

    Dia maki hamun kita buat tak tau. Balik2 dia minta maaf pada kita.

    Tiba ada pihak lain pesan kita jangan bergaduh. Kita pun tak faham apa apa. Tiba tiba pesan kita jangan bergaduh.

    Kita sibuk menjayakan diri. Tak ambil tahu perhimpunan orang orang lapar yang membakar bendera plastik. Kesian

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails