Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, September 4, 2010

Kerajaan perlu pertimbang COLA-bantuan sara hidup kepada pesara kerajaan


KITA harus menghargai bayaran bantuan khas Aidilfitri  RM500 kepada setiap penjawat awam dan pesara kerajaan yang deberisebelum Hari Raya ini. Inilah sikap yang perlu ada pada semua orang yang berkhidmat dengan kerajaan.

Pada waktu ini kerajaan perlu serius mempertimbangkan beberapa bentuk Cola - Kos sara hidup- kepada pesara kerajaan, kerana ramai daripada mereka (pesara) yang mengalami kesulitan hidup untuk memenuhi keperluan harga barang-barang penting yang sudah naik akhir-akhir ini.

Bagaimana mereka mahu membantu dan menanggung ahli keluarga  serta menanggung perbelanjaan jika berlaku sebarang kecemasan di usia emas mereka.
Kerajaan perlu membantu di saat kesusahan mereka kerana mereka selama ini berkhidmat dengan setia kepada kerajaan di saat susah dan senang.

BULBIR SINGH,
Seremban.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails