Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, September 4, 2010

Pasangan suami-isteri menaiki BMW putih gagal menyamun


KUALA LUMPUR 3 Ogos – Sepasang suami isteri yang cuba melarikan diri daripada polis selepas disyaki gagal menyamun sebuah kilang alat ganti kenderaan di Bukit Beruntung, dekat sini awal hari ini, akhirnya diberkas jua apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar pokok.

Pasangan suami isteri itu yang menaiki kereta BMW putih dipercayai terlibat dalam cubaan menyamun kilang berkenaan, yang turut disertai sekumpulan empat lelaki yang menaiki kereta Proton Gen2 berwarna coklat.

Bagaimanapun cubaan menyamun itu gagal setelah pengawal keselamatan kilang bertindak pantas menghubungi polis memaklumkan tentang cubaan menyamun di premis berkenaan kira-kira pukul 5.15 pagi.

Ketika tiba berhampiran kilang berkenaan, dua anggota polis bermotosikal “terserempak” dengan kereta Proton Gen2 yang kelihatan cuba melarikan diri dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt. Norel Azmi Yahya Affendi memberitahu, polis mengejar kenderaan itu hingga ke kawasan tol Bukit Beruntung tetapi kereta yang dinaiki empat lelaki tempatan itu berjaya melepaskan diri.

Polis kemudian bertindak berpatah balik ke kawasan kilang berkenaan yang terletak kira-kira beberapa ratus meter dari tol itu dan terserempak dengan kereta BMW putih yang kelihatan mencurigakan, katanya.

"Ketika mahu memperkenalkan diri, pemandu (kereta BMW) terbabit bertindak agresif dengan cuba merempuh anggota kami yang menaiki motosikal.

“Polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara bagi mempertahankan diri dan mengelak dari dilanggar kereta itu. Kereta itu kemudian terbabas sebelum melanggar pokok,” katanya.

Polis menahan seorang lelaki di kawasan hutan berhampiran dipercayai cuba melarikan diri selepas kereta itu melanggar pokok, manakala seorang wanita pula ditahan di dalam kereta berkenaan. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails