Bajet 2011 akan dibentangkan Jumaat ini di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia jam 4.00 petang. Namun pelbagai teka teki mengenai apa yang bakal diumumkan semakin hangat diperkatakan. Tidak kurang juga pelbagai ramalan kononnya benar belaka.
Apapun,semua rakyat pasti ada dibenak mereka harapan untuk meraikan "nikmat' dari bajet 2011 yang bakal diumumkan itu. Antara lain apa yang dapat aku gambarkan` adalah semua pastinya akan gembira. Antaranya termasuklah penjawat awam dan rakyat luar bandar mahupun dalam bandar.
Bajet yang bertumpukan transformasi kerajaan ini banyak memberi tumpuan dalan memulihkan krisis ekonomi dan persediaan kemungkinan berlakunya krisis di masa akan datang. Ini bagi mengekalkan negara untuk terus kukuh dari segi ekonomi dan terus maju.
Apapun bagi aku, biarlah apapun yang cuba dibentangkan untuk tahun depan pastinya, kritikan yang melanda. Maklumat tambahan, nasihat aku nak sampaikan biarla kritikan yang disusulkan kepada cadangan mengatasi, jangan hanya pandai kritik tanpa memikirkan cara bagaimana mahu mengatasi apa yang dikritik itu dan kesannya terhadap rakyat. Mesej ini banyak aku tumpukan kepada pihak belah sana tew.
No comments:
Post a Comment