Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, October 15, 2010

Blog pengaruhi Bajet 2011, PM.

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Menjelang Bajet 2011 yang akan dibentangnya petang esok, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima banyak maklumat balas dalam blog beliau www.1malaysia.com khususnya mengenai pekerjaan.

"Daripada pelbagai isu yang dibangkitkan, saya dapati bidang pekerjaan paling banyak dibincangkan, dan ada antara anda mahu supaya dasar gaji minimum dilaksanakan,” kata Perdana Menteri dalam blognya itu hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat pada 4 petang esok.

Katanya, beliau telah menerima ribuan komen dalam blognya dalam tempoh dua minggu lepas setelah beliau meminta rakyat menyatakan harapan mereka untuk bajet kali ini.

"Saya telah membaca komen-komen ini dan telah memanjangkan sebahagian besar daripadanya kepada Kementerian Kewangan untuk mengkaji kemungkinan dimasukkan dalam bajet atau dalam program kerajaan yang lain,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, perkara kedua yang banyak dibangkitkan ialah cukai dan subsidi, dengan terdapat cadangan supaya lebih banyak rebat cukai diberi kepada keluarga golongan muda selain cara untuk menyediakan bantuan kewangan bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

Najib berkata, satu lagi perkara yang menjadi tumpuan ialah pendidikan, di mana terdapat kebimbangan yang dilahirkan mengenai mutu pendidikan dan kosnya yang meningkat. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails