Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, October 8, 2010

Biaqpila: Zaid Ibrahim pula pasang perangkap

PETALING JAYA 7 Okt. – Anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau bersedia menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu sekiranya Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ingin bertanding jawatan itu.

"Saya difahamkan Nurul (Izzah) akan menawarkan diri sebagai timbalan presiden dan saya difahamkan dia ada cukup pencalonan.

“Jadi kalau dia benar-benar serius dan mahu jawatan ini, saya bersedia untuk menarik diri daripada jawatan timbalan presiden itu supaya Nurul dapat peluang yang seluas-luasnya.

"Saya melihat Nurul sebagai satu nafas baru dalam parti, orang muda yang boleh menarik keahlian baru yang lebih dinamik dan profesional, saya akan menyokong dan membantu beliau serta tidak akan merumitkan peluang beliau menang,” katanya.

Zaid yang menerima 38 pencalonan bagi jawatan itu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan nombor satu parti.

"Saya juga ingin menerangkan di sini bahawa ini tidak bererti saya tetap tidak akan bertanding apa-apa jawatan.

“Kalau dia (Nurul Izzah) tak nak bertanding, saya akan bertanding... jawatan apa bergantung... mungkin lebih tinggi daripada timbalan presiden,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, hari ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails