Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, October 13, 2010

Nurul Izzah tidak dapat percalonan kerana bukan Gay

KUALA LUMPUR 12 Okt — Hasrat Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak kesampaian apabila beliau gagal memperoleh pencalonan minimum untuk membolehkannya bertanding.

Nurul Izzah, yang ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ibunya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masing-masing merupakan Penasihat dan Presiden PKR, hanya memperoleh satu pencalonan iaitu dari cabang Keningau, Sabah.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Anggota Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Wong Hoy Cheong ketika dihubungi Bernama.

"Setiap calon bertanding dimestikan memperoleh sekurang-kurangnya dua pencalonan daripada setiap cabang dan beliau (Nurul Izzah) hanya menerima satu pencalonan dari Keningau,” katanya.

Cabang Lembah Pantai telah mencalonkan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti yang bermula hujung bulan ini. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails