KUALA KRAI – Parti Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM) akan meletakkan anak seorang bekas ahli Parlimen Rantau Panjang sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini.
Bagaimanapun presidennya Hanafi Mamat enggan menamakan bakal calon terbabit yang hanya akan diumumkan pada 23 atau 24 Oktober ini.
Beliau juga menegaskan penglibatan parti itu pada pilihan raya kali ini tidak dipengaruhi mana-mana pihak untuk memecah undi dalam pilihan raya kecil tersebut.
“Kita akan meletakkan calon dan tetap dengan prinsip parti untuk menegakkan keadilan Islam, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak,” kata beliau kepada Bernama, hari ini.
Pilihan raya kecil DUN Galas itu diadakan berikutan kemtian wakil rakyatnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lepas. - Bernama
No comments:
Post a Comment