Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, October 15, 2010

Pengedar dadah kelulusan ijazah dihadapkan ke mahkamah

KUALA TERENGGANU - Seorang siswazah lulusan ijazah pemasaran dari sebuah universiti tempatan yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis, berdepan dengan hukuman mati mandotari jika sabit kesalahan.


Mohamad Abdul Rahman, 28, yang berasal dari Kampung Bukit Parit, Marang didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 1,400 gram, satu kesalahan mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh yang bekerja sebagai peniaga kain sutera didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 10 pagi, 23 Oktober tahun lepas di sebuah rumah di Lot 420, Kampung Tok Jamal, Wakaf Mempelam.


Tertuduh hanya tunduk dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Nor Azizah menetapkan 6 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohamad Ramlan Taib.


Media sebelum ini melaporkan polis yang membuat serbuan ke rumah tertuduh pada 3 Oktober lepas menemui dadah bernilai hampir RM100,000 disimpan di dalam bilik. Hasil siasatan mendapati tertuduh positif dadah jenis sama. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails