Dalam ucapan pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20 baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan kegusarannya terhadap masa depan negara.
Katanya, jika Barisan Nasional (BN) hilang kuasa memerintah pada Pilihan Raya umum ke-13 akan datang, ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.
Oleh itu PM menyeru rakyat perlu bijak menggunakan peluang yang ada dalam membuat pilihan kerajaan.
Di sebalik kegusarannya itu, PM secara tidak langsung mengakui bahawa BN kini, tidak lagi kuat dan bila-bila masa sahaja boleh tumbang.
Oleh itu PM cuba membuat ingatan secara lembut supaya rakyat sentiasa beringat bahawa hanya BN sahaja yang boleh membawa kemakmuran dan kestabilan.
Apa yang dinyatakan PM itu, bukan perkara baru bagi rakyat. Modal pembangkang untuk menafikan kebaikan BN untuk mengelabui mata rakyat sejak akhir-akhir ini juga semakin tidak boleh dipercayai.
Hakikatnya pembangkang lupa bahawa rakyat Malaysia semakin bijak. Rakyat tidak lagi boleh digula-gulakan dengan modal politik persepsi ciptaan mereka.
Rakyat sudah sedar bahawa politik persepsi adalah hangat seketika untuk Pembangkang meraih undi sahaja.
Pembangkang hanya muncul menjadi juara kebajikan pada saat-saat pilihan raya, selepas menang pilihan raya, kelibat wakil rakyat PR tidak lagi kelihatan.
Politik menjaja fitnah tatkala pilihan raya sudah tidak laku. Modal yang PR jaja, iaitu hanya PR sahaja boleh menghapuskan rasuah juga sudah tidak laku lagi.
Rakyat Malaysia bijak menilai dan membezakan di antara tanggungjawab sesebuah kerajaan dengan janji-janji palsu pemimpin PR.
Ideologi keadilan yang menjadi anutan PR, gagal direliasisikan oleh kepimpinan mereka yang seolah-olah cuba menjahanamkan negeri-negeri yang diperintah oleh puak pakatan pada ketika ini.
Masalah di Malaysia bukan soal kemajuan. Kemajuan negara berjalan seiring dengan kemajuan dunia. Masalah kita ialah, PR mendakwa mereka boleh membawa kemajuan dari segi pembangunan lebih dari yang dibawa BN sedangkan mereka hanya bermimpi di siang hari
Pemimpin PR menjadi semakin tamak. Pemimpinnya kaya raya kerana mendapat faedah daripada pembangunan yang dibuat oleh BN. Di sebalik kepesatan pembangunan, PR menyuburkan amalan korupsi, kronisme dan nepotisme.
Kepincangan kepimpinan pakatan rakyat yang tidak sehaluan dalam pelbagai perkara mengeruhkan lagi keadaan mereka yang semakin tenat. Apakah ada tongkat sakti yang mampu memulihkan kembali parti pembangkang yang semakin hanyut dibuai mimpi bahawa mereka mampu menjuarai pilihanraya ke 13 seperti yang berlaku dalam peristiwa 16 september.
No comments:
Post a Comment