Kami kakitangan awam dari gred 1 hingga 54 mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana sudi memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM 500 sempena cuti sekolah yang akan menjelang tiba. Daripada analisis para penganalisis ekonomi memberi petanda bahawa ekonomi Malaysia berada pada prestasi baik pada ketika ini maka amat sesuai sekali jika kerajaan membelanjakan sedikit wang untuk para penjawat awam yang mana ianya boleh menjadi mangkin untuk terus menjana ekonomi negara. Terima kasih sekali lagi kepada kerajaan Malaysia.
KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini semasa pembentangan bajet 2011 bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan akan dibuat pada bulan disember nanti.
"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi memulakan tahun baru 2011," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
No comments:
Post a Comment